28.11.09

tp yg malang nye aq korbankan mase

salam aidil adha

kat india hari raya kurban hari ni.28 nov 2009.selamat hari raye.maaf salah silap ye..lambat sehari dr m'sia
so hari ni pagi2 lagi ngn housemate g kolej.smyg sunat hari raye..dgn berbaju rye..=]
pastu ad la beberape event lg..ktrg makan2.ad nasyid2 n iklan2..best2.suke tgk dorg sume buat iklan
hebat.

teringat gak time lepas solat tadi dorg bg la ceramah skit.sure la pasal pengorbanan.macam mana nabi ibrahim as sanggup mentaati perintah Allah untuk mengorbankan anak nye nabi ismail.mungkin sebab byk kali dengar cerita ni,kdg2 lambat nak terkesan dlm ati ni.astagfirullah...
aq pkr2 balik..ape yg aq sanggup korbankan utk agame islam?
hari tu aman palestin dtg ad la derma sikit.
tp tu pengorbanan ke??tah la...

nak g berperang kat tempat yg war2 tu mgkin aq xde keberanian..
tapi aq bkn nak reveal ape pengorbanan yg patut kite bt dlm idup ni
ape yg aq nak share ni mungkin ad yg anggap cam picisan..huahaha

so memandangkan hari ni ari raaye qurban..mesti la nak ckp pasal korban
tp from diff view.sebabnye aq tersalah bt korban .=( mungkin aq je kot yg sedar.
aq banyak kurbankan mase aq..utk bt menda yg x de pulangan.huhaha
camne ek..cam sume benda dlm life aq.. macam tido.tgk muvi.makan..kuar jln2.
mmg la sume tu menda yg kt slalu bt kan..tp aq bt extravaganza skek.lepas cuti raye ari tu makan hebat skill malas aq..x tau la nape.cam malas nak fkr consequences de mase tu.tadi after solat sunat hr rye, dorg ad gak la sebut pasal hr kiamat..korg ad kat bumi ni lame2 for wht reason act?nak score for the final day..tp how?nak syurga yg mane..lbey kurg la..=)
x kesah la kalo slame ni kt korbankan mase kt utk berbuat perkara2 yg baik .dok dpan laptop utk google pasal hadith ke tokoh islam ke..tp aq??balik kolej..buffer youre beautiful..wahahsampai malam kot.haish...naseb la skrg malas da nak layan.tu la maksud aq..aq banyak buang mase lately ni..dgn tido lg la..wahaha..tp aq pernh igt lg one of my friend kat sn.de tampal sural al asr kat meja std de..so bile time malas better bc surah ni.at least ad booster.

ni je ape yg aq nak share.mungkin x relate ngn aidiladha.. nak define pengorbanan ni aq x expert.cume ape yg aq paham nak bt any sacrife u need to be sincere.ikhlas dan redha..oky,tu la conclusion nye.so bt la pengorbanan dgn ikhlas..same ad nak korbankan harta,wangringgit,masa etc etc etc


aq pon x sure ape jd lepas ni..mayb aq still buang mase dgn jaye nye.tp tlg doakan aq berubah..=)


p/s: test microb..byk x bace lg mende ni..haisy.
.
\

8.11.09

renung-renungkan sekejap =p

KISAH SEORANG LELAKI DAN IBLIS




Hidupnya sepasang suami isteri dengan penuh kebahagiaan. Meskipun hidup melarat, mereka taat akan perintah Tuhan. Segala yang dilarang oleh Allah dihindari, dan ibadah mereka dijaga dengan tekun sekali. Si suami adalah seorang yang alim dan sangat bertaqwa kepada Allah SWT. Beberapa lama kemudian isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia juga membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota kerana mahu mencari pekerjaan disana. Di tengah perjalanan, lelaki itu melihat sebatang pohon besar yang dikerumuni orang ramai. Dia ingin mengetahui apakah yang terdapat disebalik pohon itu yang menyebabkan ramainya orang mengerumuninya. Ternyata orang ramai sedang memuja-muja pohon besar itu yang kononnya adalah keramat dan sakti. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta kepada pohon itu agar suami mereka setia kepada mereka atau dagangnya laris dijual.

"Ini adalah perbuatan yang syirik", fikir lelaki yang alim tadi.

"Ini harus dibanteras habis, masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain daripada Allah".

Maka pulanglah dia terburu-terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi isterinya mendapati suaminya mengambil sebilah kapak yang diasah begitu tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar, isterinya bertanya kepada suaminya itu tetapi sepatah perkataan pun tidak dijawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon besar itu. Sebelum sampainya di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh yang tinggi dan besar lagi hitam. Dia adalah Iblis yang menyerupai sebagai seorang manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?", tanya si Iblis.

Orang alim tersebut menjawab : "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang ramai itu, saya sudah berjanji kepada Allah SWT bahawasanya akan saya menebang roboh pohon yang syirik itu".

"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting, kamu tidak mengikut jejak seperti mereka. Sudah, lebih baik kamu pulang sahaja".

"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras!".

"Berhenti, jangan teruskannya!".

"Akan saya teruskan".

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan Iblis. Jika melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata Iblis menyerah kalah serta meminta ampun kepadanya.

Kemudian ia berdiri dengan menahan kesakitan lalu berkata : "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah, saya berjanji bahawasanya setiap pagi apabila tuan selesai menunaikan solat Subuh, di bawah tikar sembahyang tuan akan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang sahaja dahulu, jangan teruskan niat tuan itu".

Mendengar janji Iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan akan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia juga teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang yang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Luntur kembali niatnya bagi membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai solat Subuh, dibuka tikar sembahyangnya. Di situ juga tergolek empat benda berkilat yang seakan duit empat dinar. Dia meloncat riang, isterinya merasa begitu gembira. Begitu juga hari yang keseterusnya hinggalah hari yang ketiga. Pada hari yang keempat, mereka mulai merasa kecewa kerana tiada apa-apa yang didapati di bawah tikar sembahyang mereka melainkan tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang didapati oleh mereka sebelum ini sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab : "Jangan khuatir, esok barangkali kita akan dapat lapan dinar sekaligus".

Keesokan harinya, suami isteri itu merasa cemas dan bangun pada awal-awal pagi lagi. Selesai menunaikan kewajipan mereka, suaminya pun membuka tikar sejadah itu dengan perasaan yang risau malah mendapati tiada satu sen pun yang mereka dapati.

"Kurang ajar, penipu. Ambillah kapak, tebanglah pohon itu", teriak si isteri.

"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya", sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan, Iblis yang berbadan tinggi lagi besar sudah menghalang.

Katanya menyorot tajam : "Mahu ke mana kamu?", herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon", jawab si alim dengan gagah berani.

"Berhenti, jangan lanjutkan".

"Bagaimanapun juga tidak boleh kamu menghalang, sebelum pohon itu tumbang".

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini ternyata bukan Iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai.

Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya dengan penuh hairan : "Dengan kekuatan apakah engkau dapat mengalahkan aku, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?".

Iblis itu dengan angkuh menjawab : "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah bagi menebang pohon kerana Allah SWT. Andaikata ku kumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku tidak akan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Lebih baik kamu pulang sahaja, jika tidak nanti kupatah-patahkan batang lehermu".

Mendengar penjelasan Iblis itu si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah SWT lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumah, dibatalkan semula niatnya bagi menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kepada Allah SWT, dan ia juga sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan membuahkan apa-apa hasilpun melainkan kesiaan yang berlanjutan sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah SWT dan Agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan Agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata?.

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah ia berusaha memperbaikinya dengan tangan (kekuasaan), jika tidak mampu hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidah (nasihat). Jika tidak mampu lagi, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman". (Hadith Riwayat Muslim)
 

anyway sy dapat artikel ni dari satu blog ni.
main point nye adalah buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah. ^_^

**susah act nak ikhlaskan hati dalam setiap benda yg kt buat kan...sumhow kt kene berusaha.
**mari kt try niatkan ape yg kt buat dalam hidup ini kerana Allah.
inshaAllah..

2.9.09

puasa si miskin

Sekadar renungan…. …….buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:




“Mana emak? “


“Mak pergi menoreh,” jawabnya.


“Mana bapak?”


“Bapak pergi kerja…”


“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.


“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.


“Awak ada berapa orang adik-beradik?”


“Sepuluh.”


“Adik ni yang ke berapa?”


“Saya yang kelapan.”


“Mana abang-abang kamu pergi?”


“Tolong emak menoreh.”


“Adik puasa hari ini?”


“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.


Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.


Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”


“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.


“Bapak kerja apa?”


“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.






Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”



Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata



“Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”


Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”


“Cuma RM3.00 sehari.”


“Ayahnya bekerja macam mana”


“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”



Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.





Wasalam.

29.8.09

sahur

"Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." - Hadis riwayat al-Tirmizi

"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." -Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi

"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad.


"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis riwayat al-Bukhari



blog ini

23.8.09

ramadhan kali ini

Semoga ramadhan kali ini bawa seribu erti buat semua.

semoga ramadhan kali ini beri ketenangan pada semua

andai kata ini ramadhan terakhir biar ia jadi yg terbaik buatku



..maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu Dia turunkan ketenangan atas mereka..(Al-Fath:18)

18.8.09

belated jua

buat 2 org kawan yg besdaynye x dapat nak wish secara langsung-
sgt rase bersalah~


Mawarni Mohamed

mawarni happy birthday to u!! selamat hari lahir yer
dah tua nampaknye~
nak kol tp x igt kat mane simpan number kamu dat day
sori2..
moni ni kwn fr stf.asal dr penang dan skrg ad kat us .h0h0.intro sket,
de ni bes. n gile2 sket.happy go lucky n ad je citer nak share.
aka talkative =p)
used to be her bedmate..
masok silat same2.
kelas same since form 2 .

moni
semoga kamu dirahmati-Nya dan dimurahkan rezeki
dipanjangkan umur dengan kehidupan yg tenang
thx for being a gr8 friend-
semuge bahagie selalu.inshaallah =p



LyssaAssakina Jamil

hepi belated buat lyssa jgk ...on 15/08..tgh final xm dat day.kt nak contact lyssa tp x tau camner.kt nyer hp da dua kali ilang kat india ni.wuawaa...dulu kat skolah slalu sgt mnx lyssa tlg ajar add math n chemistry. (bdk pandai ni=). igt lg lyssa slalu teman kite g supper after prep even biskot kering je pon.kalo naseb baik dpt la pizza.

kite same2 mls nk g riadah pagi time weekend..hoho.

outing ke angsana dgn baju batik ijau-berkedut seribu-even dah berpuluh kali iron-....
(bile pkr balik cam klakar plak pki baju batik rmi2 g shopping.ni lah budak asrama)

study for spm same2 kat block B.

kuar round s alam time kt kat mais dulu.

nway kt doakan lyssa slmat dunia akhirat.ukhwah fillah abadan abada.inshaallah





Happy birthday to you. may you have many more.

you have been a great friend to me.

i have a little wish, may we be friends, till the world end



~stfians in us-moni kanan skali


colour splash


colour splash in butterflies.i feel peace..you?


Alhamdulillah..


ari ni dapat rehat..smalam dapat tido dgn tenang.
nak post sumtg yg panjang tp xde idea..huhu
ari nak kemas baju.kemas meja.arrange brain ni..biar istiqamah skit.wawaa..inshaAllah.mujahadah bak kate athira



**ari ni makan nasi lemak. rindu nye mesia.tq wawe.kol 4 pg kot de start buat.xleh tido kate nye.post xm effect ni..